Friday, 14 April 2017

WAWASAN 2020

     Wawasan 2020 merupakan matlamat pembangunan negara dan wawasan strategik jangka panjang untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri dan negara maju dengan menggunakan acuan sendiri supaya setanding dengan negara maju dunia. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad telah mencetuskan idea Wawasan 2020 di Mesyuarat Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991. Wawasan 2020 dicetuskan untuk memantapkan fokus nasional dan konsensus nasional ke arah memantapkan hala tuju negara iaitu menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad, hala tuju negara ke arah status negara maju tidak akan tercapai sehingga negara kita dapat mengatasi 9 cabaran.

* Cabaran Wawasan 2020
Sembilan cabaran untuk merealisasikan hala tuju negara melalui Wawasan 2020 adalah seperti berikut :
  1. Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu.
  2. Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan.
  3. Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang.
  4. Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika.
  5. Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi.
  6. Membina masyarakat yang maju dan saintifik.
  7. Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang.
  8. Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya.
  9. Memupuk dan membina masyarakat makmur.
* Kesimpulannya :
  • Wawasan 2020 merupakan rancangan strategik untuk menentukan hala tuju negara Malaysia agar terus memacu kemajuan negara setanding dengan negara-negara maju di dunia tetapi dengan acauan sendiri.
  •  Matlamat negara ke arah status negara maju tidak akan tercapai jika hanya mempunyai infrastruktur kelas pertama tetapi minda rakyat kelas ketiga. Dengan demikian, rakyat diperkukuh dengan asas-asas moral dan etika di samping mempertingkatkan minda dan sikap ke arah mencapai kecemerlangan dan prestasi tinggi di peringkat antarabangsa.

# ARTIKEL INI DIAMBIL DARIPADA BUKU TEKS SEJARAH PENGGAL 3 STPM : SEJARAH MALAYSIA DAN ASIA TENGGARA

No comments:

Post a Comment

https://drive.google.com/drive/folders/0B6lJ55ovMTlwb01DUHllTDdMRDQ?usp=sharing Laman web ini adalah berkisar serba sedikit tentang ahli ...