Friday, 14 April 2017

RUKUN NEGARA

     Rukun Negara merupakan satu ideologi negara yang menegaskan prinsip-prinsip kehidupan bermasyarakat, nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi aspek keagamaan, kebudayaan, ekonomi, politik dan perundangan. Dalam perkataan lain, Rukun Negara merupakan ideologi dan pancasila kewarganegaraan. Rukun Negara dibentuk pada 31 Ogos 1970 selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut merupakan titik hitam dalam sejarah Malaysia kerana menjejaskan persefahaman, perpaduan dan ketenteraman negara.
          
          Objektif  Rukun Negara :
1.  Mengukuhkan perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya.
2.  Memelihara satu cara hidup demokratik
3.  Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara        adil dan saksama.
4.  Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai            corak.
5.  Membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

          Prinsip Rukun Negara :
1. Prinsip Pertama: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
          - kepercayaan dan pegangan terhadap agama dapat membentuk satu bangsa dan negara yang                  berdaulat.
          - ketiadaan agama boleh menghancurkan keperibadian individu bangsa dan negara.
2. Prinsip Kedua: KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
          - semua rakyat Malaysia hendaklah memberikan kesetiaan, kejujuran dan keikhlasan kepada                  Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara Persekutuan Malaysia. Di peringkat negeri,                     semua rakyat negeri dikehendaki taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat                         mereka bermastautin.
3. Prinsip Ketiga: KELUHURAN PERLEMBAGAAN
          - prinsip ini bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang atau perlembagaan itu                        sendiri.
          - Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi Malaysia.
          - Keluhuran perlembagaan menjamin keharmonian kaum di Malaysia kerana perlembagaan                    tersebut digubal berasaskan pakatan murni dan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di               negara ini.
4. Prinsip Keempat: KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
          - undang-undang berfungsi untuk mengawal tingkah laku manusia, mewujudkan keamanan dan              ketenteraman negara dan menjamin kehidupan makmur.
          - Kedaulatan undang-undang bermakna setiap rakyat adalah sama tarafnya di sisi undang-                      undang negara tanpa sebarang diskriminasi dari segi jantina, kaum atau kedudukan sosial.
5. Prinsip Kelima: KESOPANAN DAN KESUSILAAN
          - Prinsip ini menekankan kepentingan sikap individu yang bersopan santun dan bersusila dalam konteks hubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
          - Prinsip ini seharusnya dijadikan panduan seluruh masyarakat dalam pembangunan negara.

#Artikel ini diambil daripada Buku Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara

No comments:

Post a Comment

https://drive.google.com/drive/folders/0B6lJ55ovMTlwb01DUHllTDdMRDQ?usp=sharing Laman web ini adalah berkisar serba sedikit tentang ahli ...