Friday, 14 April 2017

WAWASAN 2020

     Wawasan 2020 merupakan matlamat pembangunan negara dan wawasan strategik jangka panjang untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri dan negara maju dengan menggunakan acuan sendiri supaya setanding dengan negara maju dunia. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad telah mencetuskan idea Wawasan 2020 di Mesyuarat Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991. Wawasan 2020 dicetuskan untuk memantapkan fokus nasional dan konsensus nasional ke arah memantapkan hala tuju negara iaitu menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad, hala tuju negara ke arah status negara maju tidak akan tercapai sehingga negara kita dapat mengatasi 9 cabaran.

* Cabaran Wawasan 2020
Sembilan cabaran untuk merealisasikan hala tuju negara melalui Wawasan 2020 adalah seperti berikut :
  1. Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu.
  2. Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan.
  3. Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang.
  4. Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika.
  5. Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi.
  6. Membina masyarakat yang maju dan saintifik.
  7. Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang.
  8. Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya.
  9. Memupuk dan membina masyarakat makmur.
* Kesimpulannya :
  • Wawasan 2020 merupakan rancangan strategik untuk menentukan hala tuju negara Malaysia agar terus memacu kemajuan negara setanding dengan negara-negara maju di dunia tetapi dengan acauan sendiri.
  •  Matlamat negara ke arah status negara maju tidak akan tercapai jika hanya mempunyai infrastruktur kelas pertama tetapi minda rakyat kelas ketiga. Dengan demikian, rakyat diperkukuh dengan asas-asas moral dan etika di samping mempertingkatkan minda dan sikap ke arah mencapai kecemerlangan dan prestasi tinggi di peringkat antarabangsa.

# ARTIKEL INI DIAMBIL DARIPADA BUKU TEKS SEJARAH PENGGAL 3 STPM : SEJARAH MALAYSIA DAN ASIA TENGGARA

SAINS SUKAN : ANATOMI DAN FISIOLGI

SISTEM KARDIOVASKULAR

     * Sistem yang terdiri daripada jantung dan salur darah.
     * dalam satu hari jantung berdenyut 100 000 kali dan mengedarkan 4000 liter darah ke badan.
     
Komponen utama sistem kardiovaskular : 1. Jantung
                                                                    2. Darah
                                                                    3. Salur darah

A. JANTUNG
     - Organ penting dalam sistem kardiovaskular.
     - mengepam darah ke seluruh tubuh untuk membekal oksigen dan nutrien ke sel dan tisu.
     - saiz jantung adalah sebesar penumbuk orang dewasa.
     - Terbahagi kepada 4 ruang iaitu atrium kanan, atrium kiri, ventrikel kanan dan ventrikel kiri.

B. DARAH
     - tisu penting yang terdiri daripada pelbagai jenis sel seperti sel darah merah(eritrosit), sel darah putih(leukosit), platelet(trombosit) dan cecair plasma.
     - Fungsi utama : mengangkut oksigen dalam bentuk oksihemoglobin dalam sel darah merah dari paru-paru ke badan.
     - mengangkut karbon dioksida dalam bentuk karbominohemoglobin dari sel ke paru-paru.

C. SALUR DARAH
     - terdiri daripada arteri, vena dan kapilari.
     - membolehkan peredaran darah ke seluruh badan dan balik semula ke jantung.

* ATRIUM berperanan sebagai penerima darah.
- atrium kanan menerima darah kurang ber'oksigen daripada tisu-tisu tubuh.
- atrium kiri menerima darah kaya dengan oksigen dari paru-paru.

* VENTRIKEL bertindak sebagai pam yang mengepam keluar darah yang diterima dari atrium.
- ventrikel kanan mengepam darah ke paru-paru.
- ventrikel kiri mengepam darah ke seluruh bahagian tubuh.


# ARTIKEL INI DIAMBIL DARIPADA BUKU SAINS SUKAN TINGKATAN 5



RUKUN NEGARA

     Rukun Negara merupakan satu ideologi negara yang menegaskan prinsip-prinsip kehidupan bermasyarakat, nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi aspek keagamaan, kebudayaan, ekonomi, politik dan perundangan. Dalam perkataan lain, Rukun Negara merupakan ideologi dan pancasila kewarganegaraan. Rukun Negara dibentuk pada 31 Ogos 1970 selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut merupakan titik hitam dalam sejarah Malaysia kerana menjejaskan persefahaman, perpaduan dan ketenteraman negara.
          
          Objektif  Rukun Negara :
1.  Mengukuhkan perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya.
2.  Memelihara satu cara hidup demokratik
3.  Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara        adil dan saksama.
4.  Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai            corak.
5.  Membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

          Prinsip Rukun Negara :
1. Prinsip Pertama: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
          - kepercayaan dan pegangan terhadap agama dapat membentuk satu bangsa dan negara yang                  berdaulat.
          - ketiadaan agama boleh menghancurkan keperibadian individu bangsa dan negara.
2. Prinsip Kedua: KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
          - semua rakyat Malaysia hendaklah memberikan kesetiaan, kejujuran dan keikhlasan kepada                  Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara Persekutuan Malaysia. Di peringkat negeri,                     semua rakyat negeri dikehendaki taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat                         mereka bermastautin.
3. Prinsip Ketiga: KELUHURAN PERLEMBAGAAN
          - prinsip ini bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang atau perlembagaan itu                        sendiri.
          - Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi Malaysia.
          - Keluhuran perlembagaan menjamin keharmonian kaum di Malaysia kerana perlembagaan                    tersebut digubal berasaskan pakatan murni dan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di               negara ini.
4. Prinsip Keempat: KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
          - undang-undang berfungsi untuk mengawal tingkah laku manusia, mewujudkan keamanan dan              ketenteraman negara dan menjamin kehidupan makmur.
          - Kedaulatan undang-undang bermakna setiap rakyat adalah sama tarafnya di sisi undang-                      undang negara tanpa sebarang diskriminasi dari segi jantina, kaum atau kedudukan sosial.
5. Prinsip Kelima: KESOPANAN DAN KESUSILAAN
          - Prinsip ini menekankan kepentingan sikap individu yang bersopan santun dan bersusila dalam konteks hubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
          - Prinsip ini seharusnya dijadikan panduan seluruh masyarakat dalam pembangunan negara.

#Artikel ini diambil daripada Buku Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara

https://drive.google.com/drive/folders/0B6lJ55ovMTlwb01DUHllTDdMRDQ?usp=sharing Laman web ini adalah berkisar serba sedikit tentang ahli ...